Friday, February 5, 2010

Ikan Ketutu

IKAN KETUTU/ IKAN UBI/ MARBLE GOBY 

Hehehehe.... salam semua.
Suami penulis sekali lagi mencipta rekod tersendiri apabila berjaya mendaratkan ikan ketutu/marble goby seberat 1.4kg dan 1kg . Ikan tersebut dipancing di sebatang sungai (pssstttttttt.... rahsia..) menggunakan udang sebagai umpan. 
Ini merupakan kali pertama penulis melihat ikan spesis ini. Pada mulanya penulis menjangkakan ikan ketutu ini adalah ikan yang selalu dipanggil oleh orang kampung  sebagai Ikan Buko. 

Berikut merupakan sedikit info mengenai ikan ini:-

Ikan ketutu atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmoratus adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara asia tenggara. Marble goby atau lebih dikenali ikan ketutu,haruan bodoh,ikan ubi,ikan hantu,belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga dikawasan air payau. Kebiasaannya gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak2 ikan kecil, udang siput dan ketam kecil. 
Ikan pemangsa ini selalunya boleh ditemui di kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutamanya kawasan mempunyai kayu atau buluh untuk tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam, aktif pada waktu malam/ dalam keadaan gelap. Ikan ketutu dapat mencapai berat matang 1kilo dalam masa lebih kurang setahun bergantung kepada sumber makanannya.

Buat masa ini harga pasaran ikan ketutu dewasa dalam kiraan 1 kilo dijual dengan harga 65 hingga 85 sekilo. Harga ikan ini melonjak naik disebabkan bekalan ikan ketutu dewasa amat sukar didapati  dan dalam jumlah yang terhad. Ikan ketutu mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pemilik restoran cina sama ada untuk  hidangan restoran atau pun untuk dieksport ke luar negara.

Oleh itu sayangilah flora dan fauna bumi Marudu kita  kerana dalam diam ianya meyimpan/ menjana khazanah yang tidak ternilai harganya.


Sumber rujukan: