Friday, January 8, 2010

Utamakan Produk Keluaran Tempatan


Sekadar gambar hiasan


    Sedar atau tidak, selama ini kita banyak memberi kredit kepada produk-produk luar negara . Namun sebenarnya dari segi kualiti dan kuantiti, produk negara kita adalah setanding dengan produk-produk negara luar. 
    Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia telah dilancarkan buat julung kalinya pada tahun 1984. Kini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna (KPDNHEP) telah menghidupkan kembali kempen ini yang antara lain adalah bertujuan untuk meningkatkan permintaan domestik terhadap barangan buatan tempatan dan merangsang ekonomi negara.
    Masyarakat pengguna,penjual,pengilang dan media haruslah berkerjasama bagi memastikan kempen  ini membuahkan hasil seperti yang diharapkan. 
Antara langkah untuk menjayakan kempen ini adalah:-
1. Masyarakat pengguna harus mengubah sikap dan tanggapan terhadap barangan buatan tempatan.
2. Masyarakat peniaga bertindak memperluaskan pemasaran produk tempatan dan mengadakan rak khusus bagi memperagakan produk tempatan / memberikan mata ganjaran setiap kali pembeli membeli barangan tempatan.
3. Pengilang/pengeluar memberi tumpuan lebih serius terhadap kualiti produk,pembungkusan,penjenamaan,kos pengilangan dan pengedaran.Selain daripada itu untuk memastikan produk yang dikeluarkan terus mendapat tempat dalam pasaran, pengeluar perlu sentiasa berusaha untuk memberi inovasi baru kepada produk mereka. 
4. Pihak  berkuasa tempatan (PBT) serta KPDNHEP  boleh membantu dalam pengedaran dan pemasaran produk tempatan dengan memperbanyakkan lagi tapak niaga sementara khususnya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS)/peniaga kecil. Menggalakkan PKS menggunakan logo buatan Malaysia secara meluas untuk barangan mereka, memperbanyakkan lagi program untuk mendidik masyarakat pengguna bagi memahami kepentingan mengutamakan produk tempatan serta mempromosi produk tempatan yang tidak dikenali tetapi berpotensi.Penganjuran ekspo perdagangan barangan Malaysia di seluruh daerah/negeri/negara merupakan pendekatan yang baik untuk mewujudkan lebih banyak permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan.
5. Media perlu melipatgandakan usaha untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat mengutamakan barangan tempatan.
    Perkembangan teknologi di negara kita kini setaraf dengan negara luar,jadi tidak mustahil bagi produk kita untuk mempunyai kualiti yang setanding dan mungkin lebih baik daripada produk antarabangsa.Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu membuang sikap prejudis terhadap barangan kita.
   Dengan membeli barangan tempatan, kita dapat memupuk semangat kekitaan,patriotisme dan dapat membantu melestarikan ekonomi negara. Pergerakan kitaran ekonomi yang baik dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih produktif. Membeli barangan tempatan dapat mengurangkan pengaliran wang negara keluar. 
    Oleh itu, utamakan produk keluaran tempatan. Membeli dan menggunakan barangan tempatan merupakan tindakan awal yang perlu diambil untuk bersama-sama menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara kita yang tercinta.
Salam hormat dan salam perpaduan.
Sumber rujukan:- 
www.bernama.com, cikgupa.wordpress.com, pmr.penerangan.gov.my & www.kpdnkk.gov.my

Thursday, January 7, 2010

JALAN-JALAN AMBIL GAMBAR (Edisi bahasa kampung)

Hehehe..jalan-jalan ambil gambar. yukkkk... seronok ba dapat jalan-jalan sambil ambil gambar. Apa lagi kalau tepigi tempat yang lama sudah inda tepigi.Baru-baru inikan saya pigi jalan-jalan ba di saaana Kg.Dalamason & Kg. Talantang 1, Kota Marudu. Mula-mula sampai, sikit lagi saya sesat sebab itu jalan lain sudah dari yang tahun 1996 masa mula-mula saya sampai di Kg. Dalamason  ikut  kakak saya yang kerja di kem.  kayu balak. Kalau masa itu jalanraya  masih lagi garabel... lupak sini sana, abuk jangan cakap la memang tabal. Sekarang, selepas hampir 13tahun, jalanraya pigi Kg. Dalamason punya main cantik...kena tar/turap lagi tu sampai di bukit. Tingu pogi kamu ni gambar yang saya ambil kalau nda percaya.. (minta maaf aaa... ini gambar inda terang sebab ambil gambar pakai henpon lilung.. hehehe)


(atas) Di dekat simpang ini

(atas) Jalanraya Kg. Dalamason


 Terang sikit..


Selepas pigi di Kg.Dalamason, sempat lagi saya mengambil gambar  tamu yang terbiar disana siring jalan pigi Kg.Talantang.


Sayangkan ini tamu.. ada kambing lagi tu melepak

Rumput pun panjang suda..
Saya kira-kira mau ikut jalan shortcut pigi Kg.Salimandut nga nda dapat tembus tu jalanraya. Ada juga jambatan tapi rusak. Kalau mau shortcut juga terpaksa limpas tu sungai yang banyak batu besar-besar. Nda pula sanggup mau menyebrang kalau kancil ni..hehehe.



Saya ambil gambar sedia konon sebab mau shortcut gima..


Mudah-mudahan cepat kena buat itu jambatankan... sebab jambatan inilah penghubung terdekat pigi Tandek kalau dari Kg.Dalamason.  Sayang betul.. ini saja gambar yang saya dapat ambil terus habis betri..adesssssss... jumpa lagi.. salam sayang..

* Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah bahasa pasar. Oleh itu jika terdapat perkataan atau frasa yang sukar difahami, anda boleh meninggalkan pertanyaan diruangan ulasan. Penulis akan memberikan penjelasan segera selagi talian internet boleh dicapai. Terima Kasih diatas kunjungan anda.