Wednesday, December 30, 2009

Serahkan kepada-Nya




Saya baru sahaja selesai membaca sebuah buku bertajuk Alam Semulajadi Penyembuh Ajaib tulisan Dr.Ethel R.Nelson (Pakar Patologi). Saya sangat tertarik dengan ayat berikut:-


DAN AKHIRNYA, CUBALAH INI
"Serahkan segala kemahuan anda,kesukaan anda,kesusahan anda,keperluan anda, dan ketakutan anda kepada Tuhan. Anda tidak akan membebankan Dia;anda tidak akan membuat Tuhan letih.Tuhan yang tahu jumlah rambut di kepala anda tidak pernah lalai terhadap kemahuan dan keperluan manusia.....Kasih sayang-Nya terharu oleh kesusahan kita lebih lagi jikalau kita memberitahu segalanya kepada-Nya. Bawa kepada-Nya semua yang membebankan fikiran anda.Tidak ada beban yang terlalu berat bagi-Nya, kerana Dia yang memegang alam semesta.
       
     "Dia memerintah dan menguasai segala urusan alam semesta. Tidak ada yang berkenaan dengan kebahagiaan kita yang terlalu kecil untuk perhatian-Nya. Tidak ada bahagian didalam kehidupan kita ini terlalu gelap bagi-Nya untuk dibaca;tidak ada kerumitan hidup yang terlalu sukar bagi-Nya untuk diselesaikan. Tidak ada bahaya menimpa manusia, tiada keresahan menyiksa jiwa,tiada kebahagiaan,tiada doa yang sungguh-sungguh yang kita layangkan, terlepas dari perhatian-Nya. Tuhan mendengar dan memperhatikan semuanya. (E.G.White)


Semoga ayat ini memberikan penghiburan bagi mereka yang memerlukan.
Salam Sayang dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010...


Sumber Rujukan: Buku Alam Semulajadi Penyembuh Ajaib

Sunday, December 27, 2009

Wednesday, December 16, 2009

PESANAN KHAS:BERHATI-HATI

Pesanan khas BERHATI-HATI ini adalah iktibar daripada pengalaman ngeri yang dialami oleh penulis sendiri.

13/12/2009 (Ahad) 5.45pm


Penulis memandu berdua dengan adik perempuan ke Kg. Salimandut, Kota Marudu. Semasa didalam perjalanan untuk pergi ke kebun suami di Kg. Damai, penulis mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan di sekitar Kg.Magaratung dan Kg.Mangkalua. Oleh kerana ingin menikmati panorama petang yang indah diperkampungan, penulis memandu  perlahan.

Di pertengahan jalan Kg. Mangkalua ke Kg.Damai, sebuah motorsikal berwarna biru tua yang dipandu oleh seorang lelaki berkulit gelap,dan memakai seluar jeans berwarna hitam dengan baju t-shirt berwarna biru tua serta topi keledar berwarna hitam putih tiba-tiba menyusul dari belakang dan memberhentikan motorsikalnya seolah-olah ada benda yang tercicir. Pada waktu itu kami tidak mencurigai tindakannya dan meneruskan perjalanan ke Kg. Damai.

Beberapa minit kemudian penunggang motorsikal tersebut memintas dan kami melihat motorsikal tersebut  dipandu dalam keadaan yang tidak stabil. Penulis dan adik mula berasa tidak sedap hati dan rasa terancam kerana kawasan tersebut sunyi. Penulis dan adik tidak dapat melihat dengan jelas wajah penunggang tersebut kerana wajahnya terlindung dengan topi keledar.

Penulis memandu dengan laju dan berada didalam ketakutan yang amat sangat kerana sudah nyata penunggang motorsikal itu berniat jahat.Setelah tiba di persimpangan jalan untuk masuk ke kebun di Kg.Damai  penunggang tersebut masih mengekori kami  hingga ke kawasan kebun. Penulis memberhentikan kenderaan didalam kebun dan  bergegas memanggil suami  yang berada tidak jauh dari situ dengan suara yang terketar-ketar.

Penunggang tersebut turut memberhentikan motorsikalnya disimpang masuk kekebun membunyikan hon dan melambaikan tangan memanggil kami. Sebaik sahaja sedar dengan kehadiran suami, penunggang motorsikal tersebut terus memecut laju sehingga mengejutkan penduduk sekitar. Laporan polis telah dibuat pada hari yang sama.

Berhubung dengan pengalaman ini SAM menyeru kepada orang ramai terutamanya wanita agar berhati-hati walau dimana pun berada agar tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

Tuesday, December 8, 2009

Cinta Bicara Walau Tanpa Kata

Suatu masa..
satu kenangan nan indah tercipta...
antara kau dan aku..
kasih.. 
mengapa?...
saat hatiku berlagu rindu..
saat ku ingin menatap wajahmu..
saatku ingin mendengar suaramu..
saat aku perlukan cinta mu..
kau pergi jauh ..
kasih..
hati menjerit!!
hatiku meratap merintih...
betapa hingga ke saat ini... 
aku masih menyintaimu.... 
dan aku tahu...
tak mungkin untuk kita  bersatu..
cinta terhalang, 
akhirnya begini.. 
meski cinta ku mekar.. 
namun semerbaknya.. 
tak mungkin kau tahu
kasih...
hati ku rindu... 
benar-benar rindu pada cinta kita..
janji kita.. kenangan kita..
semuanya kini menjadi 
lipatan memori indah


kasih..
aku merindui mu...
mengapa kau datang dan pergi.. 
tanpa ku sedari..
airmataku mengalir laju..
membasahi danau rindu..
rindu menggunung..
cinta suci..
perlukah cinta dipertanyakan?..
bukankah cinta bicara 
walau tanpa kata

Monday, December 7, 2009

Nama baru teratak mayaku..

Minggu ini sahaja sudah 2 kali sa menukar nama teratak maya ni... tp masih rasa mcm ada yang tidak kena. Kira2 mcm nda ngam dgn jijiwaku la tu kunu. hehehe
Selepas memikir semasak2nya dan masak ranum lagi maka dengan ini di umumkan keputusan juri didlm pemikiranku... ni la nama yang paling sesuai untuk sulap ini>>>>>>>

TULUNBUNOU


AKTIVITI SUAMI TERCINTA

Ni kali la FV betul2... hehehehe


Bos Besar..

Saja menyibuk.. wakakakaka





Boleh jadi pembekal kacang panjang ni...



bersambung...........