Tuesday, October 27, 2009

KEBAKARAN DI KG.SALIMANDUT, KOTA MARUDU

Pada hari Sabtu (24/10/2009) Nong mengajak penulis utk. makan tengahari bersama Dinakan di Restoran Rahaya. Dipendekkan cerita baru sja kami mula makan Nong menerima panggilan  telefon daripada Pengerusi JKKK Kg. Salimandut En.Joipin Tuyundo. Beliau memaklumkan kebakaran telah berlaku berhampiran dengan Dewan Komuniti Kg. Salimandut.

Apalagi dengan pantasnya Nong dengan bantuan Dinakan telah menghubungi talian 999 untuk memaklumkan kejadian kepada Jabatan Bomba.Kota Marudu. Selepas semua butiran telah diberi dengan terperinci kepada Jabatan Bomba ,penulis dan Nong bergegas balik ke Kg. Salimandut untuk melihat sendiri kebakaran yang dimaksudkan oleh Pengerusi JKKK. Terpaksa kami meninggalkan saudara Dinakan( hehehe.... sori a tuan).

Setibanya di tempat kejadian, penulis dan Nong benar2 terharu kerana hampir semua daripada penduduk kg. yang berada dirumah pada waktu itu telah bergotong-royong untuk memadam api. Inilah semangat tolong-menolong yg. kita amalkan. Semoga semangat mulia ini tidak hilang ditelan arus kemodenan.

Menurut saksi kejadian, kebakaran itu bermula apabila seorang penduduk (Identiti dirahsiakan) mengambil madu lebah (Pomosuon) dengan membawa sabut kelapa yg. dibakar (asap sabut digunakan untuk mengelak daripada disengat). Malang tidak berbau kerana walaupun beliau telah membuat langkah2 keselamatan daripada disengat, beliau telah diserang habis-habisan. Beliau telah memastikan api pada sabut kelapa tersebut padam sebelum beliau mengambil langkah seribu untuk pulang ke rumah.

Selang beberapa minit kemudian penduduk mengesan kebakaran telah berlaku diatas bukit berhampiran dengan Dewan Komuniti. Gerakan Kecemasan telah diaktifkan dengan pantas.Hasilnya kebakaran dapat dikawal sebelum ketibaan Bomba. Hanya kecederaan ringan seperti tercucuk ranting kayu dan melecur pada tapak kaki (bg. penduduk yg. berkaki ayam). 

Setinggi penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Marudu kerana tangkas berkhidmat untuk masyarakat walaupun hampir sesat. (hehehe...)

Penulis sempat merakamkan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca. (nda berapa terang pakai hp lilung ni...hehe)


Sebahagian daripada penduduk kampung yang telah bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.


Kanak2 turut bersemangat membantu memadamkan api walaupun hanya menggunakan ranting kayu akasia. (Omumungit la.../ comot)


Masih terdapat anak api.


Nong sedang melakukan wawancara


Pemandangan Kg.Salimandut (Opppssstttt... ada si Nong pla sana. hahhaha..jgn. marah a nong )


Sebelum balik ke Pekan Kota Marudu sempat lagi kami si Nong kna belanja makan sup .  sedappppp...Kalau mahu makan mihun sup yang sedap datang saja di Kg. Salimandut,Tandek,Kota Marudu.(promosi)

Salam sayang dari tb.

PESTA JAGUNG 2009


Replika Jagung di Padang Daerah Kota Marudu
(Sumber gambar: Saudara Aldusuni)

Salam sayang semua..
Pada jam 9.00 pagi hari ini 27/10/2009 penulis menghadiri mesyuarat AJK Pesta Jagung 2009 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Marudu. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Saudara Dinakan di blog peribadi beliau (http://marasinsimvilla.blogspot.com)  Pesta Jagung 2009 akan diadakan pada 21&22 November 2009 bertempat di Dataran MDKM, Kota Marudu.

Berikut adalah diantara acara yang bakal dipertandingkan.

1.PERTANDINGAN JUARA FESYEN JAGUNG 2009
Syarat2 Penyertaan:-
Terbuka kepada semua wanita sejati yang berumur 18-30 tahun, warganegara Malaysia, bermastautin di PBU (Daerah Kota Marudu,Pitas,Kudat,Kota Belud & Ranau)


2. PERTANDINGAN JUARA PEREKA FESYEN JAGUNG 2009
Syarat2 penyertaan:-
Terbuka kepada semua pereka fesyen pakaian, warganegara Malaysia, bermastautin di PBU (Daerah Kota Marudu,Pitas,Kudat,Kota Belud & Ranau)

Jangan Lepaskan Peluang Ini..Hadiah lumayan Menanti Anda!


Borang Penyertaan boleh diperolehi daripada:-
- Pn. Suzita Janaun _Lembaga Industri Getah Sabah, Kota Marudu. 
  H/P: 019-8105619, Pejabat: 088-663946
- Pn. Julita Dalinsi_ Pejabat Parlimen P.168, Kota Marudu
  H/P: 019-8624668, Pejabat:088-662253
- Pn. Rostina Masantun_ Pusat Latihan Pertanian,Damai,Kota Marudu
  H/P: 019-8099369
- Pn. Naile Gutasan_ Pejabat Daerah, Kota Marudu
- Pn. Uli Ria Br.Pasaribbu__ Pejabat Pertanian Kota Marudu
  H/P: 013-5543099, Pejabat: 088-661334
- Pn. Jasni Maidul_ Hospital Kota Marudu 
  H/P: 013-8383822

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan pesta ini.

Wednesday, October 7, 2009

SEJARAH SAMBUTAN HARI MALAYSIA




Salam perpaduan semua..

Mungkin ada diantara kita yang kurang jelas dengan sejarah sambutan Hari Malaysia oleh itu penulis memaparkan artikel berkaitan sebagai rujukan kita bersama. Selamat Membaca...

Hari Malaysia disambut pada 16hb.September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia ditarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara,Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia .

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama2 dgn. sambutan hari kemerdekaan ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama.

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia.


Sumber rujukan: 
Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Malaysia

NOTA:-
Penulis memohon maaf diatas kesilapan "namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973" pembetulannya ialah ditangguhkan ke 31 ogos 1963.

Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengulas SAM saudara Gaaman dan saudara Ison kerana memberikan fakta sebenar.


MORAL:- Tidak semua maklumat yg. kita perolehi dari internet adalah fakta sebenar.

Friday, October 2, 2009

KAD PENGENALAN


 Gambar: Pemandangan awal pagi di sekitar Kg.Masolog

Salam sayang kepada semua warga Daerah Kota Marudu, Sabah,  dan Malaysia..

Pada hari ini semakin banyak kemudahan yang kita perolehi hasil daripada usaha pemimpin dan masyarakat yang bersatu hati di dalam memajukan  taraf hidup masyarakat setempat. Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif seperti PPRT untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Namun kemudahan tersebut tidak akan dapat dinikmati oleh rakyat yang belum mempunyai Kad Pengenalan (My Card) Malaysia. Saya sangat terkejut kerana pada satu hari saya telah bertemu dengan seorang penduduk asli  daerah ini yang berasal dari Kg.Gouton, Gana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sebagai rakyat Malaysia.

Seperti yang kita tahu,  kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjejaki mereka (penduduk yg. belum ada Kad Pengenalan Diri) dari Kampung ke Kampung supaya mereka boleh didaftarkan didalam pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara sekaligus membolehkan mereka menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Saya telah menemubual individu tersebut dan menurut beliau masih ramai penduduk kampung di sekitar Kg. Gouton, Gana, Kota Marudu yang belum memiliki sebarang dokumen pengenalan diri..Saya telah menitipkan beberapa pesanan/nasihat kepada beliau untuk disampaikan kepada penduduk kampung, Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung.

Sebagai rakyat Malaysia mungkin ada sesuatu yg kita boleh lakukan untuk membantu penduduk asli dari pedalaman Sabah ini.