Monday, July 27, 2009

Mari kita berkongsi tentang....

Ujian Saringan untuk Kanser Sistem Pembiakan - Kanser Servik

Apakah itu Kanser Servik/ Kanser pangkal rahim?

  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit di mana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak di kalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?


Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.


Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya, boleh.

Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.

  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku di kalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah di mana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy. Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :

  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile

Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?

Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

  • Mencegah lebih baik dari merawat.
  • Amalkan cara hidup yang sihat.
  • Setia pada pasangan anda.
  • Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
  • Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

Apakah itu ujian Pap Smear?

  • Merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah di mana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Soalan Lazim

Adakah ujian itu menyakitkan?

  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?

Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?

Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?



  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana laporan akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?

  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?

  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?

  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?

  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Rujukan:-

www.myhealth.gov.my

KANSER SERVIKS/KANSER PANGKAL RAHIM BOLEH DICEGAH.. DAN SATU-SATUNYA CARA UNTUK MENCEGAH KANSER SERVIKS IALAH MENERUSI UJIAN PAP SMEAR DARI MASA KE SEMASA UNTUK MENGESAN TANDA AWAL PENYAKIT.

KITA SEMUA MEMAINKAN PERANAN PENTING MEMBANTU MENYELAMATKAN WANITA DARIPADA KANSER SERVIKS.

Sunday, July 19, 2009

Cerita Hujung Minggu..

Salam minggu kepada semua pembaca yg dihormati...
Saya percaya anda semua ada yang sedang berehat dirumah..Layan Blues sorang-sorang.. ada yang balik bercuti dikampung, jumpa kawan, melayar internet, sedang berkerja dan... banyak macam lagi aktiviti2 yg lain. Walau apapun aktiviti anda, saya harap anda semua bergembira dan ceria2 selalu.. okey dibawah ni ada dua soalan perbincangan khas sempena hujung minggu. Cadangan daripada anda amat dialu-alukan.

SOALAN 1.
Wajarkah ibubapa membenarkan anak-anak mempunyai telefon bimbit sendiri? Kenapa?

SOALAN 2.
Apakah penyebab kepada kerosakan akhlak di kalangan Permata bangsa kita? Cadangan anda untuk mengatasi masalah ini?

Surat cinta yg tak kesampaian...

Cinta,
Detik perkenalan itu telah mengheret aku dalam satu ruang awangan yang bergentayangan..
Hingga aku tidak berpijak di bumi yang nyata. Apakah kerana CINTA... Adakah kerana RINDU..cinta ini masih bertamu dihati.. saat kau lukai hati, aku masih teguh disini menanti ikhlasnya erti disebalik lagu yang pernah kau dendangkan untuk ku. Benarkah cintamu..Adakah rindu mu untuk ku.. Benarkah aku 'SUCI DIDALAM DEBU'.. Mekarkah mungkin cinta mu untuk insan seperti ku...Ahhh..aku tak percaya! cinta mu hanya kerna tercabar oleh egoku. Aku mula menyimpan benci terhadap kenangan2 yg pernah kita lalui bersama.. Terukir sudah luka didalam jiwaku..tercorak hidup ku dgn penuh seksa... mewarnakan hitam pada arus nadiku.. hingga aku hampir tewas..

Thursday, July 9, 2009

Anak bangsaku...

Merujuk kepada entri LM berkaitan dengan gejala sosial yang melanda permata bangsa. Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan anda semua. Tidak dinafikan dewasa ini kita berdepan dengan pelbagai ancaman sosial. Ancaman sosial ini bukan sahaja berlaku terhadap golongan remaja tetapi turut dialami oleh orang dewasa. Tidak mengira umur,bangsa,agama, pangkat dan tahap pelajaran.

Membedung gejala ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana ianya melibatkan kerjasama dari pelbagai pihak dengan menggunakan pendekatan yang lebih efisien. Kata pepatah menyatakan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Oleh itu ibubapa memainkan peranan yang paling besar didalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah bersifat lebih konvensional, tegas dan menyemai didikan agama dari kecil kepada anak-anak.

Telefon bimbit merupakan sebuah alat telekomunikasi yang sangat penting era ini. Bagi ibubapa, jika terpaksa membekalkan anak2 kemudahan ini, berilah anak2 anda telefon bimbit yang tidak mempunyai kemudahan internet, kamera dan video.

Saya pernah diberitahu oleh adik saya bahawa semasa disekolah beliau pernah melihat pembunuhan ngeri didalam telefon bimbit salah seorang rakan. Saya sangat terkejut mendengar perkara tersebut. Kita semua tahu bahawa penggunaan telefon bimbit adalah tidak dibenarkan disekolah. Anak bangsa kita semakin pintar..

Sudah tiba masanya kita menggembleng tenaga mencegah kebejatan seperti ini terus meracuni permata bangsa yang kita kasihi.

Kepada adik2 remaja yang dikasihi diluar sana..

Ingat perkara ini:-

1. 'JANGAN MUDAH PERCAYA KEPADA SESIAPA PUN' tidak bermaksud untuk sentiasa prasangka kepada insan disekeliling kita.

2. Sebagai gadis/teruna harus sentiasa berhati-hati di dalam menempuh alam remaja yang menyeronokkan tetapi sangat membahayakan diri jika disalahgunakan.

3. Kepercayaan yang diberikan oleh ibubapa bukan untuk disalahguna.

4. BERINGAT SEBELUM KENA,MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.

5. Kasihi dan jagalah diri anda dengan sepenuh jiwa agar tidak ada penyesalan dikemudian hari.


Sekali kita jatuh tidak semestinya tidak boleh bangun, merangkak,melangkah dan berlari semula. Tetapi jika seringkali jatuh,terlena dan mengharapkan orang lain untuk menyedarkan kita... bahaya tu adik2....

Masih ada waktu untuk berubah...

Perhatian: Entri ini adalah pendapat peribadi saya.

Sunday, July 5, 2009

Perjalanan yang tertunda..


"Perjalanan yang tertunda" secara tiba2 ayat ini bermain didalam kotak fikiran saya saat ini. Kenapa? Bila? Bagaimana? Di mana?... saya percaya kita semua pernah mengalami kegagalan didalam perancangan kita. Tidak kira samaada ianya suatu perancangan besar atau kecil. Mengapa kita sering mengalami kegagalan sedangkan kita tidak pernah mengingininya? Sehingga ke saat ini saya masih mencari jawapannya!

PAKEJ PERCUTIAN SAHABAT (Edisi 1/09)

Salam sejahtera kepada semua pengunjung yang di hormati.. sudah beberapa hari saya menyepikan diri dari dunia maya. Semoga anda semua berada didalam keadaan sihat walafiat . Hehem… okey.. untuk pengetahuan anda semua, pada hari Sabtu yang lalu saya telah menerima kunjungan daripada dua orang sahabat saya iaitu Pepen ( dari Tambunan) dan Nea (dari Kuala Penyu). Mungkin bulan ini merupakan bulan sahabat bagi saya kerana ramai sahabat saya yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama telah berjaya menjejaki saya dan saya turut menjejaki mereka..hehehe. Pepen dan Nea sebenarnya ingin menyambut Hari Jadi saya yang ke-17 tahun.opssst.. hehe tersasul pula yang ke-27 tahun pada 30hb Jun. Memandangkan mereka berada di daerah ini selama 5hari 4malam maka saya dan suami tersayang mengambil kesempatan ini membawa mereka bersiar2 di sekitar daerah Kota Marudu,Kudat dan Pitas. Ala-ala pemandu pelancong la kami tu konon.. hehe.. Saya turut membawa mereka menjelajah dunia maya dan memperkenalkan Blog ‘ Suara Anak Marudu’ kepada mereka. Saya sempat mengambil beberapa keping gambar

27/06/09 (Sabtu)

Hari pertama ketibaan pepen dan nea saya mengajak mereka untuk jalan2 cari makan di Pasar Malam Kota Marudu. Secara tidak sengaja, kami bertemu dengan seorang kanak2 bertubuh gempal dengan potongan rambut yang sama seperti si Ampal. Kami pun berkenalan la dengan kanak-kanak tersebut seterusnya meminta izin daripada orang tua beliau untuk mengambil gambar. Macam si Ampalkan?.. Ampal Junior? hehehe..








(Ampal Jr. Malu2 kana ambil gambar)





28/06/09 (Ahad)

Kami bertiga bangun awal pagi ini.. coz??... haa.. apalagi kalau bukan hendak pergi ke Pasar Minggu. Sebelum operasi bermula, mestilah caj bateri dulu.. Kami memesan semangkuk seorang Mee Hun Sup Licin berharga RM 3.00 di gerai sup Chung Nyen. Rakan saya memuji keenakan mee sup yang disediakan. Selepas berehat seketika kami berkawad ke pasar kain ‘singapore’ .Lihatlah sahabat saya berdua tu..hehe.. selepas penat meronda tamu kami akhiri rondaan pasar minggu dengan makan aiskrim . Huh.. panas betul cuaca pada hari ini..



(Membeli-belah di pasar kain murah.. Biar murah asal bergaya..hehehe)

Pada Sebelah malam saya mengajak mereka ke sebuah majlis perpisahan di tempat saya bertugas. Malam itu saya mendeklemasikan sebuah sajak dan terlibat dengan persembahan koir.










29/06/09 (Isnin)

Pagi ini kami bangun lewat.. sebab malam tadi kami berborak sambil mengakses internet sehingga larut malam. Ekspedisi seterusnya pada hari ini adalah PANTAI TERINGAI dan SAGABON. Malangnya ekspedisi ke SAGABON terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.


















30/06/09 (Selasa)


Hari ini merupakan peluang terakhir untuk berekspidisi kerana nea dan pepen akan bertolak ke Labuan esok. Kami berjaya menawan Tip Of Borneo,Pekan Tandek,Dataran Bengkoka dan Jeti Tanjung Batu.













Perjalanan Mengelilingi daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas


























































01/07/09 (Rabu)


Sempat singgah di Kota Belud sebelum menghantar nea dan pepen ke Pelabuhan Kota Kinabalu.