Friday, June 26, 2009

SELAMAT HARI BAPA


Salam bertemu kembali kepada rakan2 yang dirindui..
Sebelum ini saya telah menulis edisi khas untuk sahabat baik saya Miracle.
Edisi kali ini khas untuk seorang lelaki yang bergelar ayah/daddy/bapa/datuk..
Teristimewa buat bapa dan Nini (Gambar).



Sesungguhnya sebuah potret bisa bicara.. walau tanpa suara.

Sunday, June 21, 2009

ISTIMEWA BUAT M.I.R.A.C.L.E..

Salam bertemu kembali kepada pengunjung yang di kasihi.. edisi kali ini adalah edisi yang TERISTIMEWA buat sahabat saya yang menggelarkan dirinya sebagai M.I.R.A.C.L.E.. sebenarnya saya masih kabur dengan identiti sebenar beliau Namun saya percaya.. kata hati saya mengatakan beliau la sahabat lama saya yang sangat saya rindui. Tahun demi tahun berlalu.. kenangan zaman remaja dan kanak2 sering mengisi ingatan ku. Andai beliau adalah sahabat ku yang tercinta sila hubungi saya. Buat M.I.R.A.C.L.E, puisi di bawah adalah istimewa buat anda. (Puisi ini menceriterakan serba sedikit peristiwa dan pergolakan yang berlaku didalam hidup ku. TERIMALAH.. )


SESUCI EMBUN SEPUTIH SALJU

Ku cuba untuk mengutip sisa bahagia..
Namun dimana?
Ku cuba untuk mengorak langkah..
Namun masalah datang menimpa..
Mencari...
Sekuntum mawar putih,
Mengejar seberkas kasih..
Aku..
Lari dari kemelut nista dan dosa.
Namun kepayahan mengheret..
Ku gapai sinar yang sirna..
Mencari kejujuran disebalik kepalsuan.
Namun..
Kekecewaan jua yang datang menjengah..
Ku ubat luka dengan airmata..
Namun mampukah?
Aku ingin kembali ke zaman silam..
Aku ingin sekali lagi...
sekali lagi..
SEKALI LAGI SESUCI EMBUN SEPUTIH SALJU..
Namun..
Mendung menyapa..dan.. aku PASRAH.. PASRAH!!..
Dan...
Perlukah aku biarkan luka bernanah..
Kugagahkan langkah.. Ku cari penawar..
Namun..
Siapakah yang mampu bila langkah tersadung..
Di persimpangan.. aku terkesima..
Ahhh!..
Kehidupan perlu diteruskan..
Berikanlah aku..
Sekuntum mawar putih penawar duka..

( Hak cipta terpelihara by: Tulunbunou)

Thursday, June 18, 2009

Mari kita renungkan bersama..

video

Salam kepada semua pembaca yang dihormati. Post ini merupakan kesinambungan daripada cerita sebelum ini..Tidak dinafikan saya membesar umpama katak di bawah tempurung. Saya tidak pernah mengenali dunia luar apatah lagi berpengetahuan tentang isu2 politik semasa dan sewaktu dengannya (mmg pun mc kicikn hehe). Masih segar di ingatan, pada waktu itu saya dan adik beradik (baru 4 orang masa tu) ditemani oleh datuk kami (sudah meninggal dunia pada tahun 2004) setiap kali mendengar bunyi kapal terbang , nini saya cepat2 membawa kami bersembunyi disebalik batu besar seolah2 gua di tebing sungai bunou. " kayou lumosok tokou jipun ilo!" (dalam bahasa melayu " mari kita bersembunyi orang jepun itu") arahnya dalam suara yang ketakutan. Saya, 2 orang kakak dan abang saya cepat2 berlari berselindung di tempat persembunyian rahsia kami. Sekiranya tidak sempat bersembunyi di bawah batu, kami akan bersembunyi di bawah rumah. Kami hanya keluar setelah nini sudah pastikan kapal terbang sudah pergi jauh. Begitulah... (dan bersambung?)

Tuesday, June 16, 2009



Salam sejahtera buat semua pembaca yang dikasihi.. cerita ini merupakan kesinambungan daripada post saya yang pertama.. uniknya bunou merupakan sebuah kawasan bukit terpencil yang terletak diantara 2 buah kampung iaitu Kg.Minitampak dan Kampung Salimandut. Mungkin secara tidak sengaja.. kebetulan mama saya berasal dari Kg.Minitampak dan bapa saya dari Kg.Salimandut. Pada era 80-an, hanya sebuah keluarga yang tinggal dikawasan tersebut iaitu keluarga saya. Saya dan adik-beradik membesar ditengah2 keindahan alam semulajadi yang mempersonakan.. dengan melodi unggas hutan dan kicauan pelbagai jenis burung. Jiran kami ? huh.. nun jauh diatas bukit dan nun jauh di bawah bukit.. (Bersambung lagi ?..)

Sunday, June 14, 2009

Sedikit tentang..

Hai.. salam perkenalan buat semua. Untuk permulaan saya tidak pasti hendak bercerita tentang apa kepada anda semua.Gambar di sebelah adalah gambar kucing saya yang bernama miming.. saya merupakan anak jati Dusun Kimaragang, Kota Marudu. Bunou merupakan tempat kelahiran saya. Uniknya Bunou... (Bersambung...)