Wednesday, December 30, 2009

Serahkan kepada-Nya




Saya baru sahaja selesai membaca sebuah buku bertajuk Alam Semulajadi Penyembuh Ajaib tulisan Dr.Ethel R.Nelson (Pakar Patologi). Saya sangat tertarik dengan ayat berikut:-


DAN AKHIRNYA, CUBALAH INI
"Serahkan segala kemahuan anda,kesukaan anda,kesusahan anda,keperluan anda, dan ketakutan anda kepada Tuhan. Anda tidak akan membebankan Dia;anda tidak akan membuat Tuhan letih.Tuhan yang tahu jumlah rambut di kepala anda tidak pernah lalai terhadap kemahuan dan keperluan manusia.....Kasih sayang-Nya terharu oleh kesusahan kita lebih lagi jikalau kita memberitahu segalanya kepada-Nya. Bawa kepada-Nya semua yang membebankan fikiran anda.Tidak ada beban yang terlalu berat bagi-Nya, kerana Dia yang memegang alam semesta.
       
     "Dia memerintah dan menguasai segala urusan alam semesta. Tidak ada yang berkenaan dengan kebahagiaan kita yang terlalu kecil untuk perhatian-Nya. Tidak ada bahagian didalam kehidupan kita ini terlalu gelap bagi-Nya untuk dibaca;tidak ada kerumitan hidup yang terlalu sukar bagi-Nya untuk diselesaikan. Tidak ada bahaya menimpa manusia, tiada keresahan menyiksa jiwa,tiada kebahagiaan,tiada doa yang sungguh-sungguh yang kita layangkan, terlepas dari perhatian-Nya. Tuhan mendengar dan memperhatikan semuanya. (E.G.White)


Semoga ayat ini memberikan penghiburan bagi mereka yang memerlukan.
Salam Sayang dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010...


Sumber Rujukan: Buku Alam Semulajadi Penyembuh Ajaib

Sunday, December 27, 2009

Wednesday, December 16, 2009

PESANAN KHAS:BERHATI-HATI

Pesanan khas BERHATI-HATI ini adalah iktibar daripada pengalaman ngeri yang dialami oleh penulis sendiri.

13/12/2009 (Ahad) 5.45pm


Penulis memandu berdua dengan adik perempuan ke Kg. Salimandut, Kota Marudu. Semasa didalam perjalanan untuk pergi ke kebun suami di Kg. Damai, penulis mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan di sekitar Kg.Magaratung dan Kg.Mangkalua. Oleh kerana ingin menikmati panorama petang yang indah diperkampungan, penulis memandu  perlahan.

Di pertengahan jalan Kg. Mangkalua ke Kg.Damai, sebuah motorsikal berwarna biru tua yang dipandu oleh seorang lelaki berkulit gelap,dan memakai seluar jeans berwarna hitam dengan baju t-shirt berwarna biru tua serta topi keledar berwarna hitam putih tiba-tiba menyusul dari belakang dan memberhentikan motorsikalnya seolah-olah ada benda yang tercicir. Pada waktu itu kami tidak mencurigai tindakannya dan meneruskan perjalanan ke Kg. Damai.

Beberapa minit kemudian penunggang motorsikal tersebut memintas dan kami melihat motorsikal tersebut  dipandu dalam keadaan yang tidak stabil. Penulis dan adik mula berasa tidak sedap hati dan rasa terancam kerana kawasan tersebut sunyi. Penulis dan adik tidak dapat melihat dengan jelas wajah penunggang tersebut kerana wajahnya terlindung dengan topi keledar.

Penulis memandu dengan laju dan berada didalam ketakutan yang amat sangat kerana sudah nyata penunggang motorsikal itu berniat jahat.Setelah tiba di persimpangan jalan untuk masuk ke kebun di Kg.Damai  penunggang tersebut masih mengekori kami  hingga ke kawasan kebun. Penulis memberhentikan kenderaan didalam kebun dan  bergegas memanggil suami  yang berada tidak jauh dari situ dengan suara yang terketar-ketar.

Penunggang tersebut turut memberhentikan motorsikalnya disimpang masuk kekebun membunyikan hon dan melambaikan tangan memanggil kami. Sebaik sahaja sedar dengan kehadiran suami, penunggang motorsikal tersebut terus memecut laju sehingga mengejutkan penduduk sekitar. Laporan polis telah dibuat pada hari yang sama.

Berhubung dengan pengalaman ini SAM menyeru kepada orang ramai terutamanya wanita agar berhati-hati walau dimana pun berada agar tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

Tuesday, December 8, 2009

Cinta Bicara Walau Tanpa Kata

Suatu masa..
satu kenangan nan indah tercipta...
antara kau dan aku..
kasih.. 
mengapa?...
saat hatiku berlagu rindu..
saat ku ingin menatap wajahmu..
saatku ingin mendengar suaramu..
saat aku perlukan cinta mu..
kau pergi jauh ..
kasih..
hati menjerit!!
hatiku meratap merintih...
betapa hingga ke saat ini... 
aku masih menyintaimu.... 
dan aku tahu...
tak mungkin untuk kita  bersatu..
cinta terhalang, 
akhirnya begini.. 
meski cinta ku mekar.. 
namun semerbaknya.. 
tak mungkin kau tahu
kasih...
hati ku rindu... 
benar-benar rindu pada cinta kita..
janji kita.. kenangan kita..
semuanya kini menjadi 
lipatan memori indah


kasih..
aku merindui mu...
mengapa kau datang dan pergi.. 
tanpa ku sedari..
airmataku mengalir laju..
membasahi danau rindu..
rindu menggunung..
cinta suci..
perlukah cinta dipertanyakan?..
bukankah cinta bicara 
walau tanpa kata

Monday, December 7, 2009

Nama baru teratak mayaku..

Minggu ini sahaja sudah 2 kali sa menukar nama teratak maya ni... tp masih rasa mcm ada yang tidak kena. Kira2 mcm nda ngam dgn jijiwaku la tu kunu. hehehe
Selepas memikir semasak2nya dan masak ranum lagi maka dengan ini di umumkan keputusan juri didlm pemikiranku... ni la nama yang paling sesuai untuk sulap ini>>>>>>>

TULUNBUNOU


AKTIVITI SUAMI TERCINTA

Ni kali la FV betul2... hehehehe


Bos Besar..

Saja menyibuk.. wakakakaka





Boleh jadi pembekal kacang panjang ni...



bersambung...........

Tuesday, November 17, 2009

AKTIVITI SUAMI TERCINTA...

Pertama kali saya menulis sesuatu tentang suami yang sangat kusayangi..

Beliau bagi saya merupakan seorang suami,kekasih,sahabat,pendidik dan pelindung yang sangat memahami diri ini. Pendek kata beliau memiliki ciri2 Sang Arjuna yang ku impikan selama ini. Menerima aku seadanya..dan tidak pernah mengingatkan aku akan semua kisah memeritkan yang pernah berlaku didalam hidupku. Kerana aku adalah aku..... (adesss... terjiwang pula sekejap... hahahha..)

Minggu lalu saya berkesempatan meluangkan sedikit waktu bersamanya di kebun yang terletak di Kg.Damai, Kota Marudu.Saya sangat teruja melihat usahanya... lihat sahaja ceracak bambu ini..


Ceracak bambu tersusun sebagai persediaan untuk 
tanaman kontan seperti kacang panjang.





Semoga usaha ini berhasil...

Sunday, November 15, 2009

It's Me

Entah apa juga angin yg. datang hari ini.. lepas puas mencat blog datang pula gian menscan gambar2 lama... dan pantas sahaja aku memakukan album lama ini didinding pondok mayaku..

Tawa dan tangis mengiringi cinta dan cita2ku..hanya Tuhan yang tahu semua ini..

Gambar kesayanganku..

Pendengar Setia Utara.fm

Sahabat merangkap sepupu/auntie Nong dan Tompinai


Sahabat yang sporting..



Aktiviti bersama  SAM (http://marudubloggers.blogspot.com/)

Aku dan permata hatiku..

Hari yang terindah...(aku dibaptis)

Kursus BTN di Kundasang (2008)



Semoga bahagia ini milikku selamanya

Ini kali yang paling menderita...hehe

Chaaaaa.....

Konvo akhirnya...

Dipilih sebagai Queen Of Night masa farewell party di KJMT




Wajah2 tension Final Exam di KJMT

Aku yang jajal..

Melancong masa cuti hujung minggu di Tawau Hill Park.

Kulihat diri ini semakin dewasa..

Sibuk menyiapkan kerja kumpulan 
Kursus Induksi 2007

Penuh emosi ketika mendeklemasi sajak

Pertandingan kebudayaan di Kolej dengan tarian Monongkopiring  dan  iringan muzik kulintangan bapa hasilnya...>> Kum. kami di tangga teratas

Sekali sekala tersenyum miau2.. hehe

Tak mungkin berpaling lagi... namun...

Hari demi hari yang kulalui semakin suram kurasakan...

Sejenak aku...

Kehidupan yang terlalu sukar untuk kumengerti..





Putai, Kapit Sarawak

Taman Jubli, Sibu Sarawak

Berjaya memasuki ting.6...dan..

Menunggu result SPM

Masa exam SPM 1998 melawat 
Cikgu Maria (Cikgu/Kakak/Mama angkat yang sentiasa kusayangi)




Dirumah Agam (Bunou)

Sempat singgah jalan2 di pantai Tanjung Batu

Ini gambar ting.4 masa dalam perjalanan balik dari asrama SMK Tandek kerumah 
(cuti sekolah)

Kesinambungan

Sekiranya tidak sempat bersembunyi di bawah batu, kami akan bersembunyi di bawah rumah. Kami hanya keluar setelah nini sudah pastikan kapal terbang sudah pergi jauh. Begitulah... (dan bersambung?).. 
hehehe..sda hampir 5bulan cerita ini tiada kesinambungan.. 

Kemarin saya telah mengikuti rombongan lawatan Pelayanan Wanita S.D.A Salimandut, Kota Marudu Ke Kg. Minitampak (pun kg saya juga..hehe).  Maka kenangan zaman kanak2 berputar semula diruangan mindaku..

Masa zaman kanak2 dlu hidup memang serba kekurangan.. tetapi ikatan kasih sayang keluarga tidak berbelah bagi. Saya dilahirkan didalam keluarga yang besar... merupakan anak keempat daripada 9orang adik beradik. Mempunyai seorang abang, 2 orang kakak, 3 orang adik perempuan d 2orang adik lelaki. Deng..dendeng... ini adalah sebahagian daripada....


Bapa Tercinta

Mama Tercinta

Abang,Kakak Ipar dan anak kelima mereka


Kakak Sulung & aku yang menderita..



Adik Bongsu Perempuan (Aktiviti pesta menuai) Saya jadi mak andam.. hahhaa



 
Sebahagian saja ni..


'Indoor Game"

 
Setiap tahun selagi ada rezeki kek Hari jadi dan Tahun Baru adalah satu kemestian heheh
Generasi Baru

To be Continue..